pecah tanah lra gemas baru

12 April 2022, Selasa : Majlis Pecah Tanah Menaiktaraf Loji Rawatan Air (LRA) Gemas Baru

Majlis Perasmian disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Hj Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Pengerusi SAINS.

Majlis turut dihadiri oleh Dato Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali, Pengerusi Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), Abdul Hadi Ali, Ketua Pegawai Eksekutif PAAB dan Ir. Haji Mohd Yazid Haji Ahmad Pengarah Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (SAINS) serta Ketua- ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri.

Projek menaik taraf Loji Rawatan Air Gemas Baru dijangka akan meningkatkan kapasiti bekalan air sehingga 40 JLH.

Projek berkenaan turut melibatkan kerja-kerja :
1. Pembinaaan paip pengepaman baru dengan diameter 500 milimeter dari LRA Gemas Baru sehingga ke Kolam Imbangan Londah sepanjang 5.2 kilometer
2. Pemasangan 2 unit pam baru di kawasan muka sauk dan 4 unit pam baru di stesen pengepaman air terawat

Projek ini akan memberi manfaat kepada hampir 15,000 akaun pengguna di daerah Tampin dan Jempol termasuk Gugusan Felda Palong 2 hingga 16 dan ianya di dijangka siap sepenuhnya pada akhir tahun 2023

Casino sites http://gbetting.co.uk/casino with welcome bonuses.